AmBank, RAMS Fintech tawar akses gaji melalui ‘Pay Day Now’

AmBank, RAMS Fintech tawar akses gaji melalui ‘Pay Day Now’

CHRISTOPHER Yap (dua dari kiri) bersama Cllement Tan Chee Seng (dua dari kanan) pada majlis menandatangani perjanjian antara Kumpulan AmBank dan RAMS Fintech.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kumpulan AmBank memeterai kerjasama strategik dengan anak syarikat milik penuh Ramssol Group Bhd., RAMS Fintech Sdn. Bhd. bagi menawarkan akses gaji (EWA) kepada pekerja melalui platform dalam talian, ‘Pay Day Now’.

Menurut kenyataan bersama, kerjasama itu membenarkan pekerja mengakses gaji sebelum hari bayaran biasa bagi meningkatkan kestabilan dan fleksibiliti kewangan tanpa beban bayaran faedah.

“Platform hanya mengenakan yuran pemprosesan tetap, menjadikannya pilihan yang lebih mudah diakses dan kos efektif untuk pekerja.

“Kedua-dua pihak akan memperkenalkan produk dan memanfaatkan pelanggan masing-masing bagi mengembangkan jangkauan mereka dan memupuk pertumbuhan dalam sektor perkhidmatan kewangan, sambil mematuhi terma dan syarat yang dikenakan,” katanya.

Jelasnya, platform itu akan menyasarkan pekerja awam sebagai pasaran awal dan akan menumpukan kepada syarikat tersenarai awam.

“Pekerja boleh mengakses gaji secara mingguan, manakala bagi keperluan kewangan kecemasan yang tidak dijangka pula, pekerja perlu membayar sebahagian kecil daripada yuran pemprosesan.

“Selain itu, platform ini juga bertujuan  meningkatkan kesejahteraan kewangan pekerja dengan menawarkan penyelesaian pembiayaan yang boleh diakses oleh bank,” katanya.

Pengarah Urusan, Perbankan Perniagaan, Kumpulan AmBank, Christopher Yap berkata, kerjasama itu menandakan satu langkah penting ke hadapan dalam misi AmBank menyediakan penyelesaian inovatif yang memacu ke arah kemampanan sosial.

“Perkara ini boleh dicapai dengan kepakaran mendalam RAMS Fintech dalam pengurusan modal insan dan penyelesaian digital yang sejajar dengan visi kumpulan untuk memperkasakan perniagaan untuk berkembang maju dalam persekitaran yang berubah dengan pantas,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Ramssol, Datuk Seri Cilement Tan Chee Seng berkata, EWA boleh memberi pekerja peluang untuk menguruskan pendapatan mereka serta mengurangkan tekanan kewangan antara cek gaji.

“Pekerja yang berasa selamat dari segi kewangan adalah lebih produktif dan berpuas hati. Melalui EWA kami mengorak langkah penting ke hadapan dalam menyediakan penyelesaian kewangan inovatif,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN