PETALING JAYA: MIDF Research menjangkakan aliran masuk asing ke pasaran bon domestik akan berterusan, sekali gus membawa kepada peningkatan ringgit. Firma penyelidikan itu berkata, pertumbuhan asas dan perkembangan harga yang stabil dijangka menarik lebih banyak dana ke pasaran Asia, termasuk Malaysia. “Berdasarkan pergerakan hasil cenderung sejajar dengan hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS), kami menjangka hasil Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) akan turut merosot berikutan pasaran mengambil kira penurunan kadar tambahan oleh…