90 peratus restoran 4Fingers disahkan halal

90 peratus restoran 4Fingers disahkan halal

ZARINA Mohamad Saad (kelima dari kiri) meraikan 10 Tahun Kecemerlangan bersama-sama dengan Penolong Pengarah Kanan Pengurusan Jakim, Norasikin Yaacob (keempat dari kanan) dan wakil-wakil dari 4Fingers Malaysia serta Jakim.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: 4Fingers Crispy Chicken Malaysia (4Fingers)  mengumumkan pencapaian besar, lebih 90 peratus restorannya di seluruh negara kini disahkan halal. 

Menurut kenyataannya, sejak penubuhannya di Malaysia, 4Fingers telah mengutamakan pensijilan halal yang mencerminkan komitmen mereka untuk memenuhi keperluan dan permintaan pelanggan tempatan.

“Pencapaian 4Fingers yang terbaharu ini menyerlahkan usaha berterusan mereka untuk memastikan keselamatan dan kualiti makanan yang terbaik. 

“Rangkaian restoran tersebut telah bekerjasama rapat dengan Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk memastikan setiap elemen penyediaan makanannya daripada sumber bahan sehingga proses memasak, mematuhi piawaian halal tertinggi,” katanya. 

Pengerusi Jawatankuasa Halal 4Fingers, Zarina Mohamad Saad berkata, makanan dan minuman yang disahkan halal adalah keutamaan bagi rakyat Malaysia, khususnya bagi pelanggan Islam. 

“4Fingers bertekad memenuhi keperluan ini sejak kemunculannya di Malaysia supaya peminat tempatan berpeluang menikmati hidangan ayam yang enak tanpa sebarang keraguan.

“Sambil meraikan 10 tahun kecemerlangan 4Fingers di Malaysia, pencapaian pensijilan halal Jakim kekal sebagai keutamaan kami. 

“Pematuhan kepada piawaian halal menandakan dedikasi kami terhadap keterangkuman dan kualiti tinggi dan terus berusaha memastikan produk kami memenuhi keperluan yang ditetapkan oleh JAKIM,” katanya. 

Selain itu, Zarina berkata, pensijilan halal mengesahkan bahawa semua menu 4Fingers disediakan dengan penuh perhatian terhadap kebersihan dan kualiti. 

“Pensijilan ini menjaminkan integriti dan keselamatan makanan yang disediakan.

“4Fingers juga merancang mengembangkan cawangan yang diperakui halal di seluruh Malaysia dengan tujuan untuk meningkatkan piawaian restorannya dengan tawaran yang inovatif dan berkualiti tinggi. 

“Antara menu istimewa yang dapat dinikmati oleh rakyat Malaysia adalah tawaran masa terhad seperti menu Ayam Rendang dan banyak lagi hidangan kegemaran peminat,” katanya. 

Tambahnya, visi 4Fingers adalah terus memberikan pengalaman menjamu selera yang luar biasa sambil mengekalkan nilai jenama yang berteraskan kualiti dan kepercayaan,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN