Tune Protect fokus pada insurans perjalanan pacu pertumbuhan

Tune Protect fokus pada insurans perjalanan pacu pertumbuhan

HOW KIM LIAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tune Protect Group Berhad (Tune Protect) mencatatkan rugi bersih sebanyak RM9.76 juta bagi suku kedua tahun kewangan berakhir 30 Jun 2024, berbanding untung bersih sebanyak RM9.52 juta bagi suku sama tahun sebelumnya.

Menurut pemfailan di Bursa Malaysia, Tune Protect berkata, kumpulan terjejas oleh kemerosotan nilai sekali sahaja daripada anak syarikat kumpulan Tune Protect Ventures (TPV) dan syarikat bersekutunya, Tune Protect Thailand (TPT) dan kerugian kebakaran yang luar biasa besar.

Bagi suku sama, pendapatan syarikat juga jatuh kepada RM95.4 juta daripada RM102.3 juta bagi tempoh sama tahun 2023.

Hasil insurans juga merosot 6.7 peratus tahun ke tahun.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, How Kim Lian berkata, keuntungan kumpulan dipengaruhi oleh kemerosotan nilai sekali sahaja daripada TPV sebanyak RM3.0 juta, serta TPT sebanyak RM4.9 juta.

“Tuntutan bersih kami yang ditanggung juga lebih tinggi kerana kami mengalami dua kerugian kebakaran yang luar biasa besar pada suku kedua 2024.

“Ini berbanding dengan suku sama 2023 iaitu kami telah mendapat manfaat daripada pengalaman tuntutan yang lebih baik daripada jangkaan daripada skim Kemalangan Peribadi Tenang (Tenang PA),yang sejak itu telah dihentikan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, nisbah gabungan kumpulan meningkat 9.9 peratus tahun ke tahun disebabkan oleh tuntutan yang ditanggung bersih dan perbelanjaan yang lebih tinggi. 

Katanya, peningkatan nisbah kos pemerolehan juga menyumbang kepada peningkatan dalam nisbah gabungan kumpulan, sebahagiannya diimbangi oleh nisbah insurans semula yang lebih rendah.

“Nisbah insurans semula yang lebih rendah adalah disebabkan oleh keluar beransur-ansur kumpulan daripada perniagaan risiko perindustrian besar yang membawa kepada penjimatan dalam premium insurans semula.

“Jika kami membuang anomali yang dinyatakan di atas daripada persamaan, secara keseluruhannya, kumpulan akan mencatatkan sedikit untung sebelum cukai (PBT) sebanyak RM1.5 juta,” ujarnya.

Mengulas mengenai prospek, beliau berkata, dengan sektor pelancongan menunjukkan kebangkitan yang teguh ke tahap sebelum pandemik pada 2019, kumpulan optimis produk insurans perjalanan akan terus berkembang positif pada suku tahun akan datang.

“Kumpulan telah menyemak portfolio dan akan memberi tumpuan kepada segmen yang lebih menguntungkan perniagaan sambil mengekalkan disiplin kos untuk memastikan hasil pengunderaitan yang menggalakkan pada suku-suku akan datang.

“Kami tetap optimis dengan berhati-hati bahawa strategi perniagaan dan kekuatan modal kami akan terus memacu pertumbuhan kumpulan dalam jangka sederhana hingga lebih panjang,” jelasnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN