PETALING JAYA: Mitsubishi Power, jenama solusi peralatan janakuasa elektrik daripada Mitsubishi Heavy Industries, Ltd. (MHI) menerima tempahan untuk turbin gas M701F dan turbin stim untuk loji janakuasa elektrik berkapasiti 500 megawatt (MW) di Sarawak. Kontrak bekalan peralatan telah ditandatangani antara Mitsubishi Power dan Sinohydro Corporation Limited, kontraktor utama untuk projek ini. Selain membekalkan peralatan teras, Mitsubishi Power akan menyediakan peralatan sokongan dan menghantar penasihat teknikal, yang merupakan aspek penting untuk…










