Isu ladang komersial Felda, Kerajaan Terengganu hampir selesai 

Isu ladang komersial Felda, Kerajaan Terengganu hampir selesai 

AHMAD Zahid Hamidi (tiga dari kiri) bergambar bersama pada Majlis Pemukiman KKDW dan Permukiman Syarikat Milikan Agensi KKDW Tahun 2026 di Kuala Nerus, Terengganu. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Perbincangan berhubung isu melibatkan ladang komersial antara Felda dan Kerajaan Negeri Terengganu berada di peringkat akhir dan dijangka dapat diselesaikan dalam masa terdekat.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebelum ini beberapa perbincangan diadakan melibatkan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) serta Bahagian Kawalan Felda (BKF) bagi mencari penyelesaian terbaik isu berkenaan.

“Saya boleh cakap ia hampir selesai. Kita telah mengadakan perbincangan dengan Setiausaha Kerajaan Negeri dan BKF. Perkara ini akan diselesaikan dalam waktu yang paling terdekat,” katanya selepas menyempurnakan Pelancaran Pemukiman Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) 2026 dan Pemukiman Syarikat Milikan Agensi KKDW, di sini, hari ini.

Sebelum ini, Kerajaan Terengganu mengeluarkan Notis Seksyen 425 Kanun Tanah Negara (KTN) iaitu larangan menceroboh terhadap tanah yang diusahakan FELDA, melibatkan 10 ladang dengan keluasan kira-kira 15,000 hektar.

Notis berkenaan diserahkan secara serentak kepada pihak pengurusan ladang di Setiu, Besut, Kemaman, Marang, Dungun dan Hulu Terengganu, susulan dakwaan kerajaan negeri bahawa tanah tersebut diteroka tanpa pembayaran premium, cukai tanah atau perkongsian keuntungan selama lebih 40 tahun.

Untuk rekod, tanah yang diusahakan Felda sejak 1985 itu melibatkan keluasan 14,791 hektar, termasuk Ladang FGV Setiu 1 seluas 1,742 hektar.

Kerajaan negeri turut mendakwa kawasan berkenaan telah melalui proses tanam semula dan diusahakan tanpa sebarang bayaran premium, cukai tanah atau perkongsian keuntungan sepanjang tempoh berkenaan. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN