SIAPA sangka ketika banyak perniagaan terjejas dan ada yang terpaksa gulung tikar kesan penularan wabak pandemik Covid-19, namun tidak bagi House Of She yang mengusahakan perniagaan salon dan spa di Jalan Lim Hoe Lek di Kuantan, Pahang. Sebelum pandemik, perniagaan itu yang bermula pada 2106 hanya dibuat secara kecil-kecilan dengan menyewa ruangan kecil di Jalan Teluk Sisek di Kuantan. Sewaktu bermula, ia diusahakan seorang diri oleh pemiliknya, Viviana Ab. Razak…










