PETALING JAYA: Garis Panduan Pengurusan Risiko Teknologi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) yang telah disemak semula berkuat kuasa hari ini.
Menurut kenyataan, garis panduan tersebut menggantikan Garis Panduan Pengurusan Risiko Siber (GMCR) yang pada awalnya dikeluarkan pada Ogos 2023 bagi membenarkan entiti pasaran modal memahirkan dengan amalan pengurusan risiko yang kini berkembang melangkaui keselamatan siber termasuk risiko teknologi.
“Garis Panduan yang disemak semula itu menekankan pengukuhan kebolehpercayaan operasi, keselamatan dan daya tahan terhadap gangguan teknologi.
“Ia juga menetapkan jangkaan SC mengenai amalan pengurusan risiko yang akan diterima pakai oleh industri,” katanya.
Menurut SC, kandungan utama diliputi garis panduan yang telah disemak semula termasuk proses ‘pengurusan perubahan’, penyedia perkhidmatan pihak ketiga, keperluan pelaporan, audit teknologi, pengawasan lembaga dan akauntabiliti terhadap risiko teknologi.
“Insiden CrowdStrike baru-baru ini telah mencerminkan kelemahan infrastruktur digital dan kesan secara meluas yang boleh dialami terhadap organisasi dan juga menekankan kepentingan peraturan seperti garis panduan dalam memperkukuhkan amalan daya tahan operasi.
“Sehubungan dengan kejadian tersebut, ia penting bagi semua entiti pasaran modal mematuhi garis panduan ini.
“Ini bukan sahaja dapat melindungi daripada risiko teknologi serta-merta, tetapi juga membina landskap teknologi yang berdaya tahan, selamat dan beretika untuk masa hadapan,” katanya.
Tambahnya, garis panduan SC yang telah dikemas kini, termasuk garis panduan mengenai Pasaran Diiktiraf, Fungsi Pematuhan Syarikat Pengurusan Dana, Aset Digital, Infrastruktur Pasaran Kewangan, Nota Kontrak Elektronik dan Prinsip Panduan mengenai Kesinambungan Perniagaan.-UTUSAN










