PETALING JAYA: Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$114.66 bilion manakala aset mata wang asing lain berjumlah AS$1.17 bilion pada akhir Julai 2024, menurut Bank Negara Malaysia (BNM). Dalam kenyataan mengenai Pemakluman Terperinci Rizab Antarabangsa, bank pusat berkata, bagi tempoh 12 bulan akan datang, aliran keluar jangka pendek yang telah dikenal pasti bagi pinjaman, sekuriti dan deposit mata wang asing berjumlah AS$13.83 bilion. “Kedudukan jualan hadapan bersih adalah sebanyak AS$29.29 bilion…