PETALING JAYA: Infomina Berhad (Infomina), penyedia penyelesaian teknologi serantau, mencatatkan keuntungan sebelum cukai (PBT) sebanyak RM10.8 juta bagi suku keempat berakhir 31 Mei 2024, meningkat 7.9 peratus berbanding suku yang sama tahun sebelumnya. Bagi suku sama, syarikat merekodkan pertumbuhan hasil sebanyak 1.7 peratus kepada RM58.5 juta. Pengarah Urusan Infomina, Yee Chee Meng berkata, peningkatan ini didorong terutamanya oleh peningkatan margin keuntungan kasar, khususnya dalam segmen operasi infrastruktur teknologi, penyelenggaraan, dan…










