Pengeluaran gas asli naik 9.1 peratus pada suku pertama 2024 - Utusan Malaysia

Pengeluaran gas asli naik 9.1 peratus pada suku pertama 2024

MOHD. UZIR MAHIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengeluaran Gas asli Malaysia meningkat 9.1 peratus kepada 799.8 bilion kaki padu pada suku pertama 2024 berbanding 733.3 bilion kaki padu pada suku sama tahun sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, pengeluaran minyak mentah dan kondensat menurun 2.3 peratus berbanding dengan pertumbuhan 7.0 peratus pada suku keempat 2023 bagi perbandingan suku tahun ke suku tahun.

“Pengeluaran minyak mentah dan kondensat turun marginal bagi tempoh dua suku tahun berturut-turut, menurun sebanyak 0.5 peratus kepada 48.0 juta tong pada suku pertama berbanding 0.6 peratus atau 49. juta tong pada suku keempat tahun sebelum,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, ia disebabkan oleh kemerosotan sebanyak 5.8 peratus dalam pengeluaran minyak mentah kepada 33.2 juta tong berbanding penurunan 6.6 peratus atau 34.6 juta tong pada suku keempat 2023 yang meliputi 69.2 peratus daripada jumlah keseluruhan.

“Bagaimanapun, pengeluaran kondensat kekal kukuh dengan pertumbuhan dua digit sebanyak 14.0 peratus berbanding dengan pertumbuhan 17.0 peratus pada suku sebelumnya, katanya.

Menurutnya, secara keseluruhan, harga minyak mentah dan kondensat mengalami penurunan sejak suku ketiga 2023 dengan Harga Purata ‘Lifting’ Berpemberat (WALP) mencatatkan AS$86.9 (RM407.99) per tong pada suku pertama 2024 berbanding AS$88.5 (RM413.12) suku keempat dan AS$89.4 (RM419.69) pada suku ketiga tahun sebelum.

“Selain itu, harga setiap tong bagi WTI mencatatkan AS$77.6 (RM364.29) per tong berbanding AS$78.4 (RM368.05) suku keempat dan AS$82.3 (RM384.95) pada suku ketiga 2023.

“Bagi Brent pula mencatatkan AS$83.0 (RM389.65) per tong berbanding AS$83.7 (RM392.94) suku keempat dan AS$86.7 (RM407.02) pada suku ketiga tahun sebelum,” katanya.

Menjelaskan mengenai prestasi perdagangan luar negara, beliau berkata, nilai eksport minyak mentah dan kondensat adalah sebanyak RM9.1 bilion pada suku pertama tahun 2024 berbanding RM9.3 bilion pada suku keempat tahun sebelum.

‘Thailand merupakan destinasi utama merekodkan RM2.4 bilion atau 26.4 peratus, diikuti Jepun (26.2 peratus) dan India (14.4 peratus),” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, nilai eksport keluaran petroleum bertapis berjumlah RM33.6 bilion suku ini berbanding RM33.7 bilion pada suku keempat 2023.

‘Singapura adalah negara destinasi utama dengan sumbangan 22.1 peratus, diikuti Indonesia (18.7 peratus) dan Australia (15.0 peratus),” katanya.

Bagi eksport Gas Asli Cecair (LNG) pula mencatatkan nilai sebanyak RM18.5 bilion dengan sejumlah RM8.2 bilion atau 44.5 peratus dieksport ke Jepun, diikuti China (25.2 peratus) dan Republik Korea (22.0 peratus).

Tambahnya, nilai import minyak mentah dan kondensat berkurang kepada RM15.7 bilion untuk suku pertama tahun 2024 berbanding RM18.1 bilion pada suku keempat 2023 yang mana sebanyak 45.5 peratus diimport dari Arab Saudi, diikuti Emiriah Arab Bersatu (23.6 peratus) dan Gabon (5.0 peratus).

“Nilai import keluaran petroleum bertapis dan LNG pula mencatatkan peningkatan untuk suku ini, masing-masing mencecah RM37.5 bilion (ST4 2023: RM35.4 bilion) dan RM2.8 bilion (ST4 2023: RM1.7 bilion).

“Nilai import keluaran petroleum bertapis tertinggi dari Singapura merangkumi 29.5 peratus, diikuti oleh China (11.7 peratus) dan Republik Korea (11.2 peratus), manakala import LNG, adalah dari Australia dengan nilai sebanyak RM2.8 bilion pada suku pertama 2024,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN