KUALA LUMPUR: Moomoo menyediakan platform pelaburan serba lengkap patuh syariah yang lebih mudah diakses, sekali gus memperjuangkan literasi kewangan dan kesaksamaan maklumat yang menarik dan menyeluruh.
Sejak penubuhannya pada 2012, Moomoo telah merungkai halangan tradisional terhadap alat kewangan yang canggih, mendemokrasikan akses untuk spektrum pelabur yang lebih luas, daripada pemula hingga profesional berpengalaman, serta memenuhi keperluan khusus untuk mereka yang mencari peluang patuh syariah.
Ketua Pematuhan, Moomoo Malaysia, Junaidah Ladi berkata, pihaknya melihat misi Moomoo bukan sekadar mengaut keuntungan dan berhasrat untuk menyumbang secara signifikan kepada pelabur dan industri kewangan yang lebih luas secara keseluruhan.
“Daripada perspektif pelabur, komitmen kami untuk berkembang bersama pelanggan membezakan kami dengan pesaing. Kami mengutamakan kepuasan pelanggan dan melabur secara meluas dalam mengoptimumkan pengalaman pengguna, mengiktirafnya sebagai landasan perniagaan kami.
“Kami menyediakan bukan sahaja alatan dagangan, tetapi satu set komprehensif sumber pendidikan, keupayaan carta lanjutan dan ciri-ciri baharu dipasarkan yang pada suatu ketika dahulu eksklusif untuk institusi secara percuma kepada pengguna.
“Kini, Moomoo mempunyai komuniti yang pesat dengan seramai 21 juta pakar dan pelabur dari seluruh dunia,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.
Beliau berkata, antara ciri utamanya ialah penyaring syariah inovatif yang berkebolehan menapis stok dalam pasaran Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) untuk mengenal pasti dan melabur dengan senang di dalam stok patuh syariah.
“Ciri inovatif ini menandakan satu peristiwa penting dalam komitmen Moomoo untuk menyediakan penyelesaian kewangan inklusif yang memenuhi keperluan pelbagai kelompok penggunanya,” ujarnya.
Penyaring saham syariah Moomoo disepadukan ke dalam platform pelaburan komprehensif Moomoo, yang terkenal kerana antara muka mesra pengguna, analisis lanjutan dan sumber pendidikan yang meluas.
Penyaring itu direka bentuk dengan teliti untuk menapis saham daripada pasaran Malaysia dan AS bagi memastikan ia sejajar dengan prinsip pelaburan Islam.
Jelas Junaidah, secara global, ramai pelabur baharu menyertai pasaran dan penurunan yang menyusul selepasnya, seperti yang dilihat di Malaysia.
“Ini biasanya menggambarkan normalisasi apabila sebilangan pendatang baharu ini menyesuaikan toleransi risiko Moomoo permudahkan pelaburan patuh syariah mereka atau beralih fokus.
“Platform kami direka bentuk untuk menyediakan spektrum penuh pilihan pelaburan yang sesuai untuk semua kitaran ekonomi, berserta pendidikan pelabur bagi membimbing pelanggan memilih produk yang sesuai pada waktu yang tepat.
“Kami tidak terlalu risau tentang kejatuhan pasaran, sentiasa ada pasaran yang berprestasi baik secara global. Ketika saham Hong Kong jatuh tahun lalu, saham Jepun dan AS berprestasi baik. Ia seperti aliran wang beralih dari satu pasaran ke pasaran lain, dari saham kepada bon, atau dalam pelbagai pasaran saham,” katanya.-UTUSAN










