Pengguna aplikasi Senheng meningkat dua kali ganda - Utusan Malaysia

Pengguna aplikasi Senheng meningkat dua kali ganda

LEW WAI HOONG menunjukkan aplikasi Senheng dalam majlis Aplikasi Rumah Senheng di sini. - ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Aplikasi Senheng menunjukkan peningkatan pengguna yang ketara dengan pertambahan lebih dua kali ganda pada suku pertama 2023 hingga suku pertama tahun ini.

Ini sekali gus membantu peningkatan lebih dari tiga kali ganda dalam pendaftaran keahlian Senheng PlusOne.

Pertumbuhan ini menunjukkan keinginan pengguna untuk keselesaan dalam talian dan pengalaman yang memuaskan serta menekankan kepentingan untuk meningkatkan lagi platform digital dalam kehidupan seharian.

Pengurus Besar Aplikasi Senheng, Lew Wai Hoong berkata, walaupun terdapat cabaran ekonomi, penggunaan keseluruhan aplikasi dan pertumbuhan keahlian tetap kukuh, menunjukkan daya tahan program dalam menghadapi masa yang mencabar.

“Seiring dengan ketidakpastian ekonomi yang dihadapi oleh rakyat Malaysia, satu trend yang luar biasa muncul di mana terdapat peningkatan dalam penggunaan ganjaran digital.

“Perubahan ini mencerminkan tingkah laku pengguna untuk memaksimumkan penjimatan dan meningkatkan kuasa beli dalam dunia digital,” katanya selepas majlis Aplikasi Rumah Senheng di sini.

Wai Hoong berkata, penggunaan melalui S-Coin mengatasi transaksi di mana rakyat Malaysia kini memanfaatkan S-Coin mereka untuk memperhebatkan kehidupan bagi menerima kemudahan dan nilai dalam ukuran yang sama.

Jelasnya, peningkatan 23 peratus dalam kutipan S-Coin dari suku pertama 2023 sehingga suku pertama 2024 melalui aplikasi Senheng menunjukkan bahawa pembeli secara aktif memanfaatkan program kesetiaan untuk menangani peningkatan kos serta menekankan faktor kemudahan dan kebolehcapaian.

“Kita melihat ada peningkatan 60 peratus dalam pengguna aktif S-Coin selama setahun hingga suku pertama 2024 menekankan nilai dalam kehidupan seharian bagi mencerminkan kepentingan yang semakin meningkat dalam isi rumah Malaysia.

“Di Senheng, kami komited untuk memperkasakan rakyat Malaysia dalam menjalani kehidupan terbaik mereka di mana lonjakan dalam penggunaan S-Coin mencerminkan peralihan yang lebih luas ke arah ganjaran dan kemudahan digital.

“Malah, melalui Aplikasi Senheng, kami berbangga menawarkan platform yang bukan sahaja memudahkan membeli-belah tetapi juga meningkatkan gaya hidup, membolehkan rakyat Malaysia menjadikan setiap ringgit dikira,” katanya.

Menurut Wai Hoong, S-Coin merupakan mata wang ganjaran digital eksklusif untuk ahli PlusOne Senheng di mana pembeli dapat memperolehi S-Coin dengan pembelian yang layak melalui Aplikasi Senheng, di kedai Senheng dan pada platform rakan kongsi.

“S-Coin ini kemudiannya boleh ditebus untuk diskaun ke atas pelbagai produk dan perkhidmatan bagi memberikan penjimatan yang ketara. Dalam dunia di mana daya tahan kewangan adalah yang penting, oleh itu, peningkatan ganjaran digital menawarkan harapan untuk rakyat Malaysia.

“Kami bekerjasama dengan jenama industri terkemuka bagi memastikan ahli kami memperoleh pulangan tunai S-Coin dari pelbagai produk dan perkhidmatan yang mereka gunakan setiap hari.

“Oleh itu, kami sentiasa mengembangkan perkongsian kami untuk menawarkan pengalaman membeli-belah terbaik dalam platform aplikasi ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN