Pendapatan e-dagang Malaysia rekod RM293.2 bilion - Utusan Malaysia

Pendapatan e-dagang Malaysia rekod RM293.2 bilion

MANGSA tidak menyangka risiko pinjaman ah long menyebabkan dia hidup dalam ketakutan selepas diugut untuk membakar rumahnya kerana tidak dapat melangsaikan hutang.-GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hasil pendapatan e-dagang negara ini mencatatkan pertumbuhan 0.5 peratus tahun ke tahun pada suku tahun pertama 2024 pada nilai RM293.2 bilion.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, bagi perbandingan suku tahun ke suku tahun, pendapatan e-dagang meningkat secara marginal sebanyak 0.5 peratus.

Katanya, jumlah pekerja dalam sektor tersebut adalah seramai 4.4 juta orang iaitu meningkat 72.2 ribu orang atau 1.7 peratus tahun ke tahun.

“Kenaikan ini dipacu oleh subsektor Perdagangan Borong dan Runcit dengan peningkatan sebanyak 41.5 ribu orang atau 2.1 peratus.

“Kemudian, diikuti oleh subsektor Pengangkutan dan Penyimpanan yang mana juga alami peningkatan 4.0 peratus, bersamaan dengan 14.6 ribu orang pekerja,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, bagi suku tahun-ke-suku tahun, jumlah pekerja bertumbuh 0.1 peratus, meningkat 5.8 ribu orang.

Dalam pada itu, gaji dan upah yang dibayar mencatatkan peningkatan sebanyak RM1.0 bilion atau 3.3 peratus tahun ke tahun.

Uzir Mahidin berkata, kenaikan tersebut disumbang oleh subsektor Perdagangan Borong dan Runcit dan, Pengangkutan dan Penyimpanan yang masing-masing bertambah sebanyak RM0.4 bilion dan RM0.1 bilion.

Bagi perbandingan suku tahun-ke-suku tahun, gaji dan upah berkembang 0.8 peratus untuk mencatatkan RM32.3 bilion pada suku tahun pertama 2024. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN