PETALING JAYA: Syarikat pembuat sarung tangan dijangka mencatatkan pertumbuhan positif untung bersih suku ke suku pada laporan suku tahunan Mac, kata RHB Investment Bank Berhad. Bank pelaburan itu berkata, ini adalah berdasarkan peningkatan dalam nilai eksport (suku pertama 2024: naik 10 peratus) serta harga jualan purata yang stabil (AS$20 setiap 1,000 keping) diimbangi penguncupan enam peratus dalam bilangan. Katanya, pihaknya kekal dengan penarafan ‘overweight’ bagi sektor produk getah. “Kami menjangkakan…