Pelarasan subsidi tidak beri kesan perkhidmatan syarikat

Pelarasan subsidi tidak beri kesan perkhidmatan syarikat – UEM Sunrise

OPERASI UEM Sunrise termasuk kontraktornya hanya menggunakan bahan api diesel pada kadar komersial.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyelarasan subsidi bersasar seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak memberi kesan kepada prestasi dan penyampaian perkhidmatan UEM Sunrise Berhad (UEM Sunrise).

UEM Sunrise dalam kenyataan berkata, pihaknya memahami kebimbangan daripada pihak berkepentingan mengenai sama ada perubahan ini akan menjejaskan operasi dan perkhidmatan syarikat itu.

“Kami ingin menjelaskan bahawa sebagai pemaju hartanah, operasi kami, termasuk operasi kontraktor kami hanya menggunakan bahan api diesel pada kadar komersial. 

“Oleh itu, penyingkiran subsidi bahan api diesel tidak akan memberi kesan kepada prestasi dan penyampaian perkhidmatan kami,” katanya dalam kenyataan. 

Pada masa yang sama, UEM Sunrise mahu meyakinkan pihak berkepentingannya bahawa syarikat tetap berdedikasi untuk menyediakan kualiti tinggi produk dan perkhidmatan kepada pelanggannya.

“Selain itu, kami terus menyokong usaha kerajaan untuk menambah baik dan mengukuhkan ekonomi keseluruhan,” katanya. 

Baru-baru ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Perutusan Negara mengatakan bahawa jemaah Menteri telah bersetuju menyelaraskan pemberian subsidi ke atas diesel yang berupaya menjimatkan wang kerajaan RM4 bilion setahun.

Pada peringkat permulaan, pemberian subsidi itu bakal dilaksanankan di Semenanjung Malaysia dan tidak membabitkan pengguna di Sabah dan Sarawak.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×