KMI Healthcare dinobat hospital pakar komuniti terbaik Malaysia - Utusan Malaysia

KMI Healthcare dinobat hospital pakar komuniti terbaik Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kumpulan Medic Iman Sdn. Bhd. (KMI Healthcare) dinobatkan sebagai Hospital Pakar Komuniti Terbaik di Malaysia pada acara berprestij GlobalHealth Asia-Pacific 2024.

Majlis itu dianjurkan sebagai meraikan kecemerlangan penyedia perkhidmatan kesihatan swasta di rantau Asia Pasifik.

Ketua Pegawai Eksekutif KMI Healthcare, Dr. Rayney Azmi Ali berkata, pihaknya merakamkan setinggi penghargaan diatas pengiktirafan KMI Healthcare sebagai penyedia perkhidmatan kesihatan swasta terbaik di Malaysia.

“Pengiktirafan yang diterima ini merupakan medium bagi merealisasikan slogan kami iaitu ‘Menerajui Kehidupan Sihat’ dan mengukuhkan kedudukan dalam komuniti setempat sebagai penyedia perkhidmatan kesihatan pilihan yang dipercayai ramai.

“Prestasi KMI Healthcare akan terus cemerlang dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada pesakit dengan beroperasi 24 jam sehari dan menyediakan kemudahan akses bagi penjagaan kesihatan secara berterusan,” katanya dalam kenyataan.

Sebagai sebuah kumpulan rangkaian hospital swasta yang sedang pesat berkembang, KMI Healthcare kini beroperasi di lima buah hospital pakar komuniti iaitu, KMI Kuantan Medical Centre, KMI Kuala Terengganu Medical Centre, KM Taman Desa Medical Centre, KMI Kelana Jaya Medical Centre dan KMI Tawau Medical Centre.

Dalam pada itu, beliau berkata, ciri utama pendekatan KMI Healthcare adalah penekanannya terhadap keselesaan dan privasi pesakit.

“Hospital yang dibina khas turut menawarkan hanya bilik persendirian bagi tujuan keselesaan pesakit ketika berada di wad sekaligus mengurangkan risiko penularan jangkitan.

“Komitmen kami terhadap pengalaman pesakit diserlahkan melalui melalui penerapan hospital mesra ibadah yang mengintegrasikan amalan keagamaan dalam aktiviti seharian, memastikan kesejahteraan emosi dan rohani pesakit,” ujarnya.

Anugerah GlobalHealth Asia-Pacific diadakan bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada hospital swasta yang konsisten membudayakan amalan penjagaan dan perkhidmatan perubatan yang cemerlang dan berdaya maju. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×