PETALING JAYA: Flexidynamic Holdings Berhad (Flexidynamic), penyedia penyelesaian yang mantap untuk industri pembuatan sarung tangan getah, dengan mengumumkan keputusan kewangan bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2024 (S1 TK2024). Kumpulan mencatatkan hasil sebanyak RM4.75 juta, susut daripada RM10.80 juta pada suku yang sama tahun sebelumnya (S1 TK2023). Pengurangan hasil adalah disebabkan oleh pelanggan yang mengutamakan pembaikan dan penyelenggaraan berbanding rancangan pengembangan di tengah-tengah kebangkitan semula Covid-19 baru-baru ini, yang telah…










