Bursa Malaysia perkenal Peringatan Dagangan, lindungi pelabur - Utusan Malaysia

Bursa Malaysia perkenal Peringatan Dagangan, lindungi pelabur

INDEK FBM KLCI Bursa Malaysia kembali ke paras 1,600 mata di akhir dagangan semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia Securities Berhad memperkenalkan Peringatan Dagangan yang akan berkuat kuasa secara serta merta untuk memperkukuhkan perlindungan terhadap pelaburnya.

Pengenalan itu merupakan peringatan terhadap syarikat tersenarai yang mempamerkan aktiviti dagangan luar biasa.

Bursa Malaysia dalam kenyataan berkata, peringatan dagangan yang dilaksanakan akan menjadi tambahan kepada pertanyaan aktiviti pasaran luar biasa (UMA) yang menggesa pendedahan awam daripada syarikat senaraian awam (PLC) yang mengalami harga atau volum yang tidak dijelaskan.

“Bursa Malaysia melihat keadaan di mana harga dan volum saham kekal tidak menentu walaupun PLC memberi maklum balas bahawa tiada perkembangan baharu dalam respons UMA mereka.

“Oleh itu, pengenalan ini bertujuan untuk memberi amaran kepada pelabur supaya berhati-hati apabila menghadapi saham yang memaparkan pergerakan harga atau volum luar biasa yang berterusan selepas maklum balas UMA.

“Inisiatif ini melengkapkan pendekatan pelbagai serampang Bursa Malaysia yang sedia ada terhadap peraturan pasaran,” katanya dalam kenyataan.

Dalam pada itu, tindakan awalan termasuk penglibatan dengan organisasi sertaan untuk menangani kebimbangan perdagangan yang tidak teratur akan kekal menjadi usaha untuk melindungi pelabur.

“Bursa Malaysia juga mengekalkan pilihan untuk mengeluarkan makluman dan penetapan pasaran yang berhati-hati pelabur mengenai saham yang terdedah kepada spekulasi atau manipulasi yang berlebihan.

“Bursa tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap broker yang tidak patuh dan mengganggu pasaran.

“Langkah perlindungan pelabur yang dipertingkatkan menunjukkan komitmen Bursa Malaysia untuk memupuk persekitaran perdagangan yang cekap dan bertenaga,”ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya