Bina Puri catat pemulihan selepas 16 suku tahunan rugi 

Bina Puri catat pemulihan selepas 16 suku tahunan rugi 

KEVIN CHAI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Prestasi kewangan Bina Puri Holdings Bhd (Bina Puri) kembali pulih dengan mencatat keuntungan bersih sebanyak RM14.38 juta untuk suku ketiga berakhir pada 31 Mac 2024, selepas 16 suku tahunan mencatatkan kerugian.

Pengarah Urusan Kumpulan Bina Puri, Kevin Chai berkata, kerugian berturut-turut syarikat sebelum ini kebanyakannya disumbangkan oleh segmen pembinaan.

Menurutnya, suku ketiga 2024 meningkat sebanyak 57.68 peratus  tahun ke tahun kepada RM49.63 juta daripada RM16.81 juta yang dicatatkan pada tempoh sama 2023.

“Bagi keseluruhan sembilan bulan, Bina Puri telah mengecilkan kerugian bersihnya kepada RM11.15 juta daripada RM54.31 juta sebelum ini

“Pendapatan syarikat turut meningkat sebanyak 39.9 peratus  kepada RM136.62 juta sepanjang tempoh yang sama,” katanya dalam kenyataan.

Sehubungan itu, katanya, prestasi syarikat yang lebih baik itu didorong oleh kesan positif skim cadangan antara Bina Puri Sdn Bhd (BPSB), anak syarikat milik penuh syarikat, dan skim kreditor. 

“Skim ini telah diluluskan oleh Mahkamah Tinggi Malaya pada 24 Januari 2024 dan diperlukan untuk membolehkan kumpulan menyusun semula kewangan dan memulihkan situasi kewangan.. 

“Bagi sembilan bulan sebelum ini hingga 31 Mac 2024, sektor pembinaan mencatatkan kerugian sebelum cukai sebanyak RM10.57 juta, peningkatan ketara daripada kerugian RM64.49 juta yang dicatatkan dalam tempoh sama tahun sebelumnya,” katanya. 

Beliau berkata, selepas bertahun-tahun menanggung kerugian akibat sektor pembinaan suram dan masalah kewangan, kini prospek industri kelihatan lebih cerah, didorong oleh pemerolehan kerja yang kukuh dalam sektor awam dan swasta.

 “Kami telah berjaya menyelesaikan pembangunan One Jesselton, Kota Kinabalu dan 1Puri Commercial Centre, Kuching dalam separuh kedua tahun kewangan 2024.

“Fokus syarikat kami kekal pada penyelesaian projek-projek yang sedang berjalan dengan cara yang tepat pada masanya dan efisien,” katanya

Justeru, beliau menjangkakan segmen pembinaan akan menunjukkan prestasi yang memuaskan. 

Dalam masa sama, katanya, kumpulan akan terus berhati-hati dalam urusan perniagaan dan melaksanakan pelbagai langkah untuk meningkatkan kecekapan operasi, bertujuan untuk mencapai kestabilan dan kemampanan kewangan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN