Avaland catat keuntungan bersih RM21.2 juta

Avaland catat keuntungan bersih RM21.2 juta

APOLLO BELLO TANCO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemaju hartanah, Avaland Berhad (Avaland) mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM21.2 juta pada suku pertama tahun kewangan berakhir 31 March 2024, berbanding RM0.1 juta pada suku yang sama tahun sebelumnya.

Prestasi kewangan yang lebih baik adalah hasil daripada kemajuan pembinaan lanjutan daripada projek berterusan kumpulan iaitu Aetas Damansara, Alira Subang Jaya, Casa Embun dan Sanderling.

Bagi suku yang sama, syarikat melaporkan peningkatan hasil 2.8 kali ganda kepada RM214.6 juta berbanding RM76.6 juta yang diperoleh pada tempoh sama tahun sebelumnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Avaland, Apollo Bello Tanco berkata, pihaknya teruja untuk memula tahun ini dengan prestasi kewangan yang kukuh sambil kami berusaha mengekalkan momentum yang dibina dari tahun lepas.

“Avaland juga mencatatkan aliran menaik bagi jualan hartanah iaitu RM211.6 juta pada  suku pertama 2024. Peningkatan 83 peratus itu  lebih tinggi daripada jualan RM115.1 juta yang dicatatkan pada suku yang sama sebelumnya.

“Dalam pada itu, Avaland merancang untuk melancarkan dua projek baharu pada tahun ini iaitu Aetas Seputeh dan Anja Residences dengan nilai pembangunan kasar (GDV) masing-masing RM1.0 bilion,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, pihaknya telah melancarkan dua projek  iaitu Fasa 2 Casa Embun di perbandaran Cybersouth dan Amika Residences di Subang Jaya pada tahun ini dengan  unjuran GDV  masing-masing sebanyak RM201 .7 juta dan RM452.1 juta.

“Kumpulan optimistik dalam berhati-hati terhadap prospek Avaland dengan industri hartanah untuk melantun semula daripada paras terendah,” katanya. 

Tambahan pula, keputusan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.0 peratus  oleh Bank Negara Malaysia memberi petanda baik.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN