Agricore, M & A Securities memeterai perjanjian taja jamin

Agricore, M & A Securities memeterai perjanjian taja jamin

OON Boon Khong (tiga dari kanan) pada majlis memeterai perjanjian taja jamin Agricore dengan M & A Securities.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pembekal bahan makanan Agricore CS Holdings Berhad (Agricore) memeterai perjanjian taja jamin dengan M & A Securities Sdn Bhd (M & A Securities) untuk penyenaraian di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad (Bursa Securities). 

Menurut kenyataannya, tawaran awam permulaan (IPO) syarikat ini melibatkan penerbitan 51.7 juta saham baharu, mewakili 25.5 peratus daripada modal saham syarikat yang diperbesarkan semasa penyenaraian. 

Berdasarkan perjanjian tersebut, M & A Securities akan menaja jamin sejumlah 20.3 juta saham baharu yang ditawarkan kepada orang awam Malaysia dan Peruntukkan Borang Merah Jambu. 

Sementara itu, 25.4 juta saham baharu akan dikhaskan untuk penempatan persendirian kepada pelabur bumiputera yang diluluskan oleh Kementerian Pelaburan Perdagangan dan Industri (MITI), manakala baki 6.1 juta saham baharu akan diperuntukkan untuk penempatan persendirian kepada pelabur terpilih. 

Pengarah Urusan Agricore, Oon Boon Khong berkata, memandangkan populasi dan keadaan ekonomi di Malaysia terus meningkat, permintaan terhadap bahan makanan dijangka meningkat kerana penting dalam pembuatan makanan dan penyediaan makanan. 

“Memandangkan produk kami digunakan secara meluas dalam banyak aplikasi, perniagaan kami berdaya tahan menghadapi kemelesetan ekonomi kerana bahan makanan diperlukan untuk pembuatan makanan dan penyediaan makanan yang merupakan keperluan dalam kehidupan seharian pengguna,” tambahnya. 

Kumpulan Agricore terlibat terutamanya dalam penyumberan dan pengedaran serta pengeluaran bahan makanan pertanian berasaskan tumbuhandi bawah jenama syarikatnya iaitu Pokok Agricore, SunRise dan Cap Pokok serta jenama pihak ketiga.

Agricore telah mengembangkan penawaran produknya termasuk pengeluaran dan penjualan bahan tambahan makanan dan bawang merah goreng di bawah jenama  Bapas dan Cap Pokok.

Hasil Agricore meningkat daripada RM89.0 juta pada tahun kewangan 2020 kepada RM122.7 juta pada 2022, mencatatkan Kadar Pertumbuhan Tahun Kompaun (CAGR) sebanyak 17.4 peratus. 

Agricore dijadualkan disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Securities menjelang Jun 2024. 

M & A Securities merupakan penasihat, penaja, penaja jamin dan ejen penempatan untuk pelaksanaan IPO itu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN