PTP, LPJ anjur program Mahabbah Ramadan

PTP, LPJ anjur program Mahabbah Ramadan

DIANGGARKAN sebanyak 380 penerima mendapat manfaat daripada program Mahabbah Ramadan PTP-JPA tahun ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn. Bhd. (PTP), ahli Kumpulan MMC dan Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) menganjurkan program Mahabbah Ramadan untuk merapatkan jurang sosio-ekonomi golongan kurang  berkemampuan yang tinggal di kawasan Gelang Patah dan Johor Bahru. 

Ketua Pegawai Eksekutif PTP, Mark Hardiman berkata, PTP  dengan kerjasama agensi kerajaan seperti LPJ dan pemimpin masyarakat tempatan telah menganjurkan program bantuan Ramadan dan Raya lebih 16 tahun dalam membantu golongan memerlukan di sekitar kawasan operasinya.

“Program Mahabbah Ramadan berfungsi sebagai platform untuk PTP berkongsi keberkatan Ramadan dan Aidilfitri kepada masyarakat setempat di Gelang Patah, khususnya kepada mereka yang kurang bernasib baik,” katanya dalam kenyataan.

Kira-kira 250 individu dari rumah anak yatim, ibu bapa tunggal, orang kurang upaya dan keluarga berpendapatan rendah mendapat manfaat daripada program itu.

Setiap penerima mendapat pakej penjagaan khas penyediaan jamuan Hari Raya termasuk beras, gula, tepung, pulut, mi kering, rempah ratus, ketupat segera aneka kuih raya serta baucar Mydin bernilai RM100 setiap satu.

Sementara itu, Pengerusi JPA, Rosnan Fathlal berkata, LPJ komited menyokong inisiatif seperti itu untuk meningkatkan kehidupan  golongan yang kurang bernasib baik. 

“Program ini bukan sahaja menunjukkan kekuatan perkongsian memupuk masyarakat yang lebih inklusif dan  penyayang, tetapi juga boleh meringankan beban golongan yang kurang berkemampuan, memastikan mereka tidak tercicir daripada sambutan Hari Raya,”  ujarnya. 

Dalam pada itu, ADUN Kota Iskandar, Datuk Pandak Ahmad berkata, usaha PTP dan LPJ atas komitmen berterusan terhadap tanggungjawab sosial setempat harus dipuji. 

“Usaha sama seperti ini telah memupuk kemesraan dan kasih sayang yang lebih mendalam sesama  masyarakat setempat seiring dengan semangat Ramadan,” katanya.

PTP turut menjemput 40 kanak kanak kurang bernasib baik Rumah Fitrah Qaseh dan pusat pemulihan komuniti (PDK) Nusajaya dalam Dalam majlis perasmian Program Mahabbah Ramadan di premisnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN