PRISM+ perkenalkan dua produk eksklusif baharu

PRISM+ perkenalkan dua produk eksklusif baharu

ERIC Kam melancarkan sistem pendingin hawa pintar Luna dan penapis udara pintar Aura.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: PRISM+, jenama yang terkenal dengan monitor permainan bernilai premium dan TV gOOGLE 4K memperkenalkan dua produk terbaharu yang mesra pengguna iaitu sistem pendingin hawa pintar Luna dan penapis udara pintar Aura.

Pengarah Negara PRISM+ Malaysia, Eric Kam berkata, produk eksklusif ini pertama kali diperkenalkan bagi memberi jaminan yang menarik kepada pemilik rumah untuk mendapatkan rangkaian rumah pintar tanpa mengeluarkan bajet yang tinggi.

Jelasnya, kedua-dua produk itu akan tersedia untuk pra-pesanan bermula dari harga promosi serendah RM799 bagi pilihan 1HP dan RM1,099 untuk pilihan 1.5HP.

“Sistem pendingin hawa kami dilengkapi dengan bahan berkualiti tinggi seperti penyejuk R32 mesra alam dengan lapisan anti karat empat lapis yang direka untuk melindungi daripada haba, air dan asid yang berada di dalam kompresor.

“Jenama ini akan cuba untuk mengeluarkan perkhidmatan dalaman yang disertakan dengan aplikasi rumah pintar secara berperingkat dan pemilik rumah di Lembah Klang akan menjadi yang pertama melanggan pakej perkhidmatan tahunan ini,” katanya dalam kenyataan..

Tambahnya, pelanggan yang melanggan pakej perkhidmatan tahunan secara automatik akan disenaraikan dalam pakej jaminan tambahan yang menawarkan pemilik rumah liputan jaminan penuh selama tujuh tahun.

Sementara itu, beliau berkata, PRISM+ Aura yang bakal dilancarkan pada 1 Mei 2024 akan dijual pada harga RM379 bagi model Alpine White dan RM399 untuk model Space Grey.

“Dengan pengenalan PRISM+ Luna dan Aura ini, kami berharap dapat membawa keseluruhan fungsi dan kemudahan peralatan rumah pintar yang lebih premium dengan hanya mengeluarkan kos yang rendah sahaja,” katanya.

Jenama ini akan turut menyediakan aplikasi telefon pintar eksklusif iaitu The PRISM+ Connect yang direka untuk menyokong penyertaannya dalam peralatan rumah pintar, dengan jaminan selama dua tahun bagi unit dalaman dan lima tahun untuk unit luarannya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN