PETALING JAYA: Pembaharuan cukai global dikhuatiri akan mendorong kepada percukaian berganda kepada perusahaan terlibat, lapor Tinjauan Cukai dan Harga Pemindahan Antarabangsa EY 2024. Menurut laporan, pembaharuan cukai global, penggunaan teknologi yang tidak berkesan dan ketidaktentuan ekonomi memberi tekanan pada keupayaan harga pindahan perniagaan. Katanya, sebanyak 86 peratus profesional penentuan harga pindahan Asia Tenggara (84 peratus peringkat global) mengatakan mereka berisiko dikenakan cukai dua kali kerana pembaharuan cukai global. “Sebanyak 54…










