PETALING JAYA: Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) melaksanakan kerangka penyelidikan yang dibangunkan khusus untuk memacu hala tuju industri sawit negara melalui penyelidikan genetik, pembangunan mampan, teknologi pemprosesan dan mekanisasi, pembangunan produk tambah nilai serta teknologi digital. Pengerusinya, Datuk Mohamad Helmy Othman Basha berkata, dengan penumpuan hala tuju yang strategik, MPOB komited menangani isu-isu industri dengan berkesan di samping memperhebat usaha penyelidikan dan pembangunan. “Hala tuju penyelidikan MPOB diselarikan dengan lima teras…