Mosti perkenal MYStartup Single Window, platform bagi syarikat pemula niaga - Utusan Malaysia

Mosti perkenal MYStartup Single Window, platform bagi syarikat pemula niaga

CHANG Lih Kang (tiga kanan) menyaksikan pertukaran dokumen memorandum persefahaman (MoU) antara Pengasas Bersama Plug and Play Tech Centre, Jojo Flores (tiga kiri) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Cradle, Norman Matthieu (dua kanan) pada majlis pelancaran platform MYStartup Single Window sempena Sidang Kemuncak KL20 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, semalam. UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) melancarkan MYStartup Single Window yang diyakini bakal menjadi platform utama bagi syarikat-syarikat pemula di Malaysia.

Menterinya, Chang Lih Kang berkata, MYStartup Single Window ditubuhkan bagi dapat memupuk kerjasama inovasi terkini serta menawarkan maklumat secara teratur kepada pengusaha, pelabur dan berkaitan dengan teknologi.

Menurut beliau, platform tersebut dapat memberikan pencerahan dan sumber maklumat mengenai permulaan dan perkembangan terhadap industri startup.

“Platform ini juga menyediakan pangkalan data secara menyeluruh tentang semua pemula niaga di Malaysia dan firma modal teroka yang mengandungi maklumat penting tentang pembiayaan, butiran perniagaan dan status pengumpulan dana yang dikemaskini secara berkala.

“MYStartup AI pula merupakan platform pertanyaan berkaitan ekosistem pemula niaga Malaysia membolehkan proses industri ini berjalan lancar kerana dengan penggunaan AI, ia memantapkan kecekapan dan keberkesanan serta mengurangkan birokrasi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada hari kedua KL20 Summit 2024, di sini semalam.

Dalam perasmian tersebut turut menyaksikan pertukaran memorandum persefahaman (MoU) antara syarikat-syarikat.

Menurut Lih Kang, pertukaran MoU itu bermatlamat dapat memperkembangkan lagi perbincangan racangan dan idea-idea yang bertujuan bagi tindakan untuk ekosistem pemula niaga yang lebih kondusif dan menyokong.

“Justeru, kami menyasarkan lebih 5,000 startup berkualiti diwujudkan menjelang 2025,” ujarnya.

MYStartup merupakan iniasiatif yang dimulakan oleh Mosti dan dtierajui Cradle Fund Sdn. Bhd., bagi menawarkan platform untuk membina pertumbuhan inklusif dan mampan untuk pengasas, pelabur dan tenaga kerja teknologi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN