PETALING JAYA: Sime Darby Motors menawarkan kempen pemilikan kereta elektrik (EV) menarik, bersempena meraikan kerjasama BYD sebagai rakan rasmi Euro 2024.
Pengarah Urusan Asia Tenggara SDM, Jeffrey Gan berkata, peserta yang mendaftar BYD ATTO 3 dari 1 hingga 30 April di bawah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berpeluang memenangi tiket ke Perlawanan Akhir atau Separuh Akhir UEFA EURO 2024.
Jelasnya, tawaran eksklusif itu bertujuan bagi memastikan pemilik baharu tidak hanya membawa pulang teknologi kenderaan elektrik sahaja tetapi juga dapat menyertai bola sepak tersebut.
“Acara itu akan berlangsung dari pukul 9 pagi hingga 6 petang dengan menjanjikan pelbagai aktiviti yang menarik dan promosi acara eksklusif, di samping ingin membangkitkan semangat penyokong bola sepak.
“Sehingga 30 April, pelanggan boleh menikmati rebat istimewa, kredit pengecasan dan program Overtrade eksklusif untuk penunggang BYD ATTO 3.
“Insentif ini ditujukan kepada mereka yang berminat untuk beralih kepada kenderaan elektrik (EV), sebagai sebahagian daripada komitmen BYD kepada inisiatif pemilik EV,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, perkongsian di antara BYD dan UEFA merupakan kali pertama pengeluar kenderaan tenaga baharu (NEV) menjadi penaja kepada perlawanan itu.
Disebabkan UEFA EURO 2024 sangat berpengaruh, BYD sedar ia dapat membantu mempromosikan gaya hidup yang lebih hijau pada masa yang akan datang.
“Perkongsian ini adalah satu tonggak penting yang sejajar dengan komitmen kami untuk menyampaikan pengalaman luar biasa dan mempromosikan penyelesaian pengangkutan mampan.
“Kami sangat bersemangat untuk memulakan kempen demam bola sepak ini dan menjemput rakyat Malaysia mengambil peluang menjadi sebahagian daripada perjalanan yang lebih hijau dan menggembirakan,” ujarnya.
Untuk maklumat lanjut, boleh lawati http://byd.simedarbymotors.my/, www.facebook.com/BYDCarsMalaysia, atau layari http://www.instagram.com/bydcarsmalaysia/. – UTUSAN










