TOWNHOUSE atau mengikut terjemahan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dikenali sebagai rumah bandar. Ia merupakan perumahan jenis bertingkat di atas tanah kecil yang boleh menampung dua atau lebih keluarga di bawah satu bumbung. Reka bentuk townhouse ini seakan-akan seperti rumah teres, dengan dua rumah tersusun di atas satu sama lain mempunyai tiga hingga empat tingkat serta menggabungkan dua unit berasingan dalam satu bangunan. Jadi, apakah berbaloi membeli rumah jenis townhouse?…