Jakel sasarkan keuntungan lebih RM2 juta sempena promosi

Jakel sasarkan keuntungan lebih RM2 juta sempena promosi Hari Raya

MOHAMED Faroz Mohamed Jakel pada majlis pelancaran promosi Raya Sakan 2024 di Kuala Lumpur, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Syarikat tekstil terkemuka, Jakel menyasarkan keuntungan lebih RM2 juta daripada promosi sempena promosi Raya Sakan 2024 yang ditawarkan sepanjang bulan Ramadan tahun ini.

Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel berkata, beliau yakin sasaran tersebut dapat dicapai didorong oleh jumlah pelanggannya yang semakin meningkat dari masa ke semasa.

Katanya, Jakel berjaya mendapatkan bekalan tekstil yang lebih banyak daripada pembekal pada tahun ini, seterusnya membolehkan gedung tekstil terkemuka itu menurunkan harga lebih rendah dan dapat menarik lebih ramai pelanggan.

“Selari dengan moto kempen tahun ini iaitu bergaya sambil berjimat, Jakel menawarkan pakaian bercorak dan rekaan terkini meliputi pelbagai peringkat usia pada harga lebih rendah lagi.

“Bagi memenuhi permintaan dan keperluan pelanggan sepanjang bulan puasa nanti, Jakel menyediakan stok baju Melayu sebanyak tiga juta pasang di seluruh Malaysia, jauh lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya,” katanya dalam sidang media kempen Raya Sakan 2024 di sini, semalam.

Dalam pada itu, katanya sempena promosi Raya Sakan 2024 ini, baju Melayu ditawarkan pada harga RM150 sepasang, lebih rendah berbanding RM180 sebelum ini.

“Pelanggan juga berpeluang memilih satu daripada hadiah percuma antaranya kurta atau sampin berkualiti dari kain eksklusif bernilai RM89 bagi setiap pembelian baju Melayu tahun ini.

“Bagi koleksi pakaian perempuan sedia dipakai pula ditawarkan pada harga serendah RM99 sepasang dengan ratusan corak dan warna terkini” ujarnya.

Tambahnya, kempen Hari Raya kali ini turut menawarkan pelbagai pilihan baju kanak-kanak perempuan dan lelaki bermula dari peringkat bayi hingga ke usia 14 tahun pada harga bermula serendah RM49 sepasang.

Katanya, jualan promosi itu melibatkan cawangan Jakel di seluruh negara bermula  semalam hingga ke malam raya nanti.

Selain daripada promosi promosi baju Melayu,  Mohamed Faroz bekata, Jakel turut menawarkan diskaun sehingga 85 peratus bagi kelengkapan lain antaranya seperti permaidani, langsir dan sejadah.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN