KWSP umum dividen lebih tinggi

Dividen KWSP lebih tinggi, 5.50% Simpanan Konvensional, 5.40% Simpanan Shariah

KETUA Pegawai Eksekutif KWSP, Ahmad Zulqarnain Onn (tengah) pada majlis pengumuman prestasi pelaburan dan dividen KWSP di Menara KWSP, Persiaran Kwasa Utama, hari ini. - UTUSAN/SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengekalkan prestasi kukuh dengan mengumumkan agihan dividen 2023 sebanyak 5.50 peratus untuk Simpanan Konvensional dan 5.40 peratus bagi Simpanan Shariah. Agihan dividen itu lebih tinggi berbanding 2022 sebanyak 5.35 untuk Simpanan Konvensional dan 4.75 peratus bagi Simpanan Shariah. Menurut KWSP, ia melibatkat jumlah agihan sebanyak RM50.33 bilion untuk Simpanan Konvensional dan RM7.48 bilion bagi Simpanan Shariah. “Jumlah agihan pendapatan untuk tahun 2023 sebanyak RM57.81 bilion,” katanya dalam kenyataan. KWSP berkata, untuk tahun berakhir 31 Disember 2023, KWSP mencatatkan jumlah pendapatan pelaburan sebanyak RM66.99…

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN