KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) memantau secara rapat syarikat korporat, pengimport dan pengeksport supaya menukar wang pendapatan pelaburan luar negara mereka kepada ringgit bagi menyokong pertumbuhan mata wang tempatan. Gabenor, Datuk Abdul Rasheed Ghaffour berkata, pemantauan BNM mendapati terdapat trend untuk memegang mata wang asing lebih lama. Katanya, ini terjadi apabila syarikat korporat atau pengeksport mengambil masa untuk menukar perolehan mereka dari mata wang ke ringgit, seterusnya menyumbang kepada…