BNM dijangka kekalkan OPR 3.0 peratus

Bank Negara jangka kekalkan OPR 3.0 peratus

opr
BNM mungkin terpaksa menaikkan OPR, sekiranya berlaku peningkatan kadar inflasi rentetan rasionalisasi subsidI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.0 peratus dalam mesyuarat kedua Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) yang dijadualkan Khamis ini.

Penganalisis Ekonomi, Prof Madya Dr Abu Sofian Yaacob berkata, jangkaan tersebut ekoran keadaan ekonomi semasa dalam tempoh yang terdekat ini dilihat agak stabil.

Katanya, penurunan kadar inflasi sebelum ini, diyakini dapat mempengaruhi keputusan BNM untuk mempertimbangkan pengekalan peratus OPR tersebut.

“Namun dalam masa yang sama, kerajaan juga patut mengambil tindakan proaktif untuk terus meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Sehubungan itu, katanya, harga barangan juga diharapkan dapat dikekalkan yang mana akan mempengaruhi perkembangan baik ekonomi.

Beliau turut berharap BNM tidak akan menaikkan peratusan OPR sehingga ke penghujung tahun ini kerana kenaikan tersebut menyebabkan sesetengah sektor perniagaan perkhidmatan turut terbeban susulan pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang dinaikkan kepada lapan peratus.

Beliau menjelaskan, kadar harga barang jualan perniagaan di pasaran dalam negara kini juga dilihat semakin naik yang mana memberi kesan negatif terhadap taraf hidup rakyat Malaysia.

Sementara itu, Pengarah Program MBA Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff turut berpendapat OPR akan dikekalkan sepanjang tahun 2024 sehingga awal tahun hadapan.

“Tujuan penetapan OPR secara umumnya adalah untuk membantu pertumbuhan ekonomi dan mengawal kadar inflasi. Kebiasaannya apabila kadar inflasi adalah rendah, OPR biasanya akan diturunkan,” ujarnya.

Jelasnya, memandangkan kadar inflasi sekarang adalah 1.5 peratus, sepatutnya kadar OPR boleh diturunkan lagi namun perkara tersebut tidak akan berlaku kerana kadar faedah di Amerika Syarikat (AS) masih kekal tinggi pada kadar 5.5 peratus.

“Jika OPR diturunkan, ini akan menyebabkan lebih ramai pelabur menarik keluar pelaburan mereka di dalam negara dan pergi melabur ke AS kerana pulangan kadar faedah yang tinggi.

“Sehubungan itu memang tiada ruang untuk menurunkan kadar OPR disebabkan kadar inflasi yang rendah berpunca daripada kawalan harga oleh kerajaan ke atas barangan dan perkhidmatan asas,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya