PETALING JAYA: Bursa Malaysia Derivatives Bhd. (BMD) memulakan dagangan kontrak Niaga Hadapan Minyak Kacang Soya (FSOY), kontrak hadapan minyak makan bukan berasaskan sawit pertama yang disenaraikan di bursa. Ia susulan perjanjian yang ditandatangani dengan Bursa Komoditi Dalian (DCE) untuk pelesenan harga penyelesaian niaga hadapan minyak kacang soya yang diumumkan pada November 2023. Pengerusi BMD dan Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Bhd., Datuk. Muhamad Umar Swift berkata, pihaknya berbesar hati menjadi…










