SPRM siasat firma guaman antarabangsa berkaitan 1MDB

SPRM siasat firma guaman antarabangsa berkaitan 1MDB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini dalam usaha mendapatkan maklumat tambahan berhubung kes yang melibatkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) termasuk beberapa kes semasa yang masih dalam siasatan.

Satu sumber berkata, SPRM telah mempertingkatkan siasatan terhadap sebuah firma guaman antarabangsa berhubung dakwaan penglibatan firma berkenaan dalam transaksi kewangan yang disyaki berkaitan dengan hasil daripada aktiviti haram melibatkan dana 1MDB.

“Firma guaman ini dipercayai terlibat dalam penyelewengan sejumlah AS$1bilion melibatkan dana 1MDB, termasuk pengalihan kira-kira AS$700 juta kepada sebuah entiti luar pesisir yang berada di luar kawalan 1MDB,” katanya di sini hari ini.

Kata sumber, SPRM juga sedang menjalankan siasatan dan mendapatkan maklumat tambahan terhadap bekas Pengarah Eksekutif Pembangunan Perniagaan 1MDB, Tang Keng Chee atau Casey Tang yang dipercayai mempunyai kaitan dengan dana yang disyaki telah diselewengkan berhubung kes 1MDB.

Jelas sumber, siasatan ini dimulakan berdasarkan maklumat serta risikan yang diterima hasil perjumpaan dan perbincangan dengan beberapa buah negara yang melibatkan aspek transaksi kewangan rentas sempadan serta peranan pihak-pihak profesional dalam urusan berkaitan 1MDB.

“SPRM kini dipercayai sedang berusaha mendapatkan maklumat tambahan berhubung beberapa individu lain yang berada dalam radar siasatan bagi tujuan proses pemulihan aset kepada negara,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×