KAJANG: Perkembangan positif ekonomi Malaysia menyaksikan pelbagai bentuk hartanah komersial yang baharu akan dibina pemaju dalam masa terdekat di seluruh negara, menurut Laporan Pasaran Harta Tanah 2023 terbitan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), Kementerian Kewangan (MoF). Menurut data inventori yang disediakan itu, sejumlah 33 buah kompleks beli-belah bakal dibangunkan dengan keluasan lantai keseluruhannya mencecah 1.13 juta meter persegi. Agensi berkenaan merekodkan sebanyak 1,074 buah premis tersebut yang telah wujud…