Solace labur RM1.5 juta untuk 'Embun'

Solace labur RM1.5 juta untuk ‘Embun’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Solace Synergy Sdn. Bhd. (Solace) melabur sebanyak RM1.5 juta untuk Pembangunan (R&D) bagi mengeluarkan air minuman beralkali jenama ‘Embun’.

Kejayaan itu membolehkan Solace mengeluarkan air minuman beralkali jenama ‘Embun’ yang bakal dipasarkan melalui wakil pengedar tunggal, Daain Synergy Sdn Bhd. di bawah rangkaian produk mereka iaitu Nature Made.

Pengarah Solace, Dannial Razali berkata, air jenama ‘Embun’ itu istimewa kerana mempunyai kandungan alkali pada tahap 9 dan tahap ketulenan yang tinggi berbanding sumber air yang lain.

Menurutnya, sasaran utama produk itu adalah kepada golongan yang mahu menjaga dan mementingkan kesihatan termasuk orang muda yang aktif bersukan.

“Kajian perubatan menunjukkan bahawa pengambilan airberpH tinggi seperti ini dapat membantu melancarkan aliran darah, terutamanya selepas aktiviti fizikal yang lasak,” ujarnya dalam kenyataan.

Tambah Dannial, air alkali itu tidak hanya membantu melawan penyakit osteoporosis dan menstabilkan tekanan darah, tetapi turut melegakan masalah usus danperut dengan meneutralkan asid refluks.

Dalam pada itu, beliau berkata, Solace akan mengeluarkan sekitar 62,000 pek air sebulan untuk permulaan, sebelum ditingkatkan mengikut permintaan.

“Kamimenyasarkan untuk menguasai lima peratus pasaran tempatan dengan produk jenama ‘Embun’ ini,” katanya.

Sementara itu,  beliau berkata, Solace juga menggunakan teknologi yang sama untuk menghasilkan air yang biasanya digunakan dalam proses rawatan dialisis di Malaysia.

“Teknologi itu akan digunakan dalam masa terdekat kerana kami merasakan potensinya sangat besar,” katanya.

Menurut Dannial, penghasilan ‘air daripada udara’ dilakukan menggunakan mesin Atmospheric Water Generator (AWG) yang dibangunkan oleh anak-anak tempatan dengan kerjasama Profesor Madya Dr. Ammar Zakaria, antara saintis tempatan terkemuka dari Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×