Sime Darby Property menang anugerah Putra Brand Awards 2023

Sime Darby Property menang anugerah Putra Brand Awards 2023

SIME Darby Property memenangi anugerah Platinum dalam Putra Brand Awards 2023.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sime Darby Property Berhad (Sime Darby Property) memulakan 2024 dengan kemenangan setelah muncul sebagai pemenang teratas di Putra Brand Awards 2023 yang berprestij.

Pemaju hartanah tersebut menerima anugerah Platinum untuk kategori Pembangunan Hartanah seperti yang dipilih oleh orang ramai yang mengundi.

Syarikat memperoleh undian tertinggi berdasarkan beberapa kriteria utama termasuk kebiasaan, penggunaan, tanggapan, niat untuk membeli dan kemungkinan cadangan jenama.

Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Azmir Merican berkata, anugerah itu menyerlahkan keyakinan rakyat terhadap jenama Sime Darby Property untuk menyampaikan produk berkualiti, inovatif dan mampan.

“Kami telah berdiri teguh selama lebih 50 tahun kerana kepercayaan yang mereka miliki terhadap Sime Darby Property dan merupakan satu penghormatan untuk diiktiraf sebagai pemaju hartanah terkemuka dan paling digemari di Malaysia.

“Kami berterima kasih kepada pengundi dan penganjur atas pengiktirafan itu,” katanya dalam kenyataan di sini, baru-baru ini.

Beliau menambah, berpandukan matlamatnya untuk menjadi ‘Pengganda Nilai untuk Rakyat, Perniagaan, Ekonomi dan Planet’, syarikat akan terus mengorak langkah dalam meningkatkan landskap hartanah di Malaysia sambil memberikan impak positif kepada semua pemegang kepentingan.

Dilancarkan pada 2010, Putra Brand Awards adalah anugerah penilaian jenama yang diukur mengikut keutamaan pengguna dan bertujuan untuk mengiktiraf jenama yang menunjukkan kecemerlangan dalam menghubungkan dan membina hubungan yang kukuh dengan pengguna.

Pemenang telah diundi melalui tinjauan dalam talian yang mendalam oleh lebih 11,000 responden merentasi pelbagai kategori produk dan perkhidmatan.

Anugerah tersebut dianjurkan oleh Persatuan Ejen Pengiklanan Bertauliah Malaysia (4As) dengan kerjasama Jenama Paling Bernilai Malaysia (MMVB).-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN