PETALING JAYA: Perdagangan Malaysia pada Januari 2024 meningkat sebanyak 13.3 peratus kepada RM234.73 bilion setelah merekodkan penyusutan tahun ke tahun bagi 10 bulan berturut-turut. Menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), eksport meningkat 8.7 peratus kepada RM122.43 bilion dan import naik 18.8 peratus kepada RM112.3 bilion. Katanya, ia merupakan nilai bulanan tertinggi direkodkan bagi Januari. “Sementara itu, lebihan dagangan berjumlah RM10.12 bilion dan merupakan lebihan dagangan ke-45 bulan berturut-turut sejak…