Pelabur asing kekal pembeli bersih ekuiti tempatan

Pelabur asing kekal pembeli bersih ekuiti tempatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelabur asing kekal sebagai pembeli bersih ekuiti tempatan untuk minggu kedua berturut-turut, menyumbang kepada aliran masuk bersih sebanyak RM131.8 juta pada minggu lalu.

MIDF Research dalam Laporan Aliran Dana mingguani berkata, minggu lalu adalah minggu dagangan yang dipendekkan sempena Hari Wilayah Persekutuan pada Khamis.

Katanya, pelabur asing menjual bersih RM96.2 juta pada Isnin dan RM24.6 juta (Selasa) tetapi merupakan pembeli bersih pada Rabu sebanyak RM166.0 juta dan RM86.6 juta (Jumaat).

“Tiga sektor teratas dengan aliran masuk asing bersih tertinggi adalah telekomunikasi dan media (RM85.5 juta), produk dan perkhidmatan perindustrian (RM37.5 juta) dan perladangan (RM23.2 juta).

“Sementara itu, tiga sektor teratas dengan aliran keluar asing bersih tertinggi adalah utiliti (RM84.8 juta), hartanah (RM49.2 juta) dan amanah pelaburan hartanah (REIT) (RM16.0 juta),” katanya.

Dalam pada itu, institusi tempatan mengekalkan pendirian mereka sebagai penjual bersih untuk minggu kedua berturut-turut pada RM141.3 juta, dengan sebahagian besar jualan bersih berlaku pada Rabu dan Jumaat masing-masing berjumlah RM175.1 juta dan RM116.8 juta.

Firma penyelidikan itu berkata, institusi tempatan membeli bersih sebanyak RM97.3 juta pada Isnin dan RM53.3 juta (Selasa).

“Peruncit tempatan merekodkan belian bersih mingguan pertama mereka tahun ini pada RM9.5 juta selepas jualan bersih selama empat minggu berturut-turut.

“Mereka membeli bersih RM9.1 juta pada Rabu dan RM30.2 juta (Jumaat), selepas jualan bersih RM1.1 juta pada Isnin dan RM28.8 juta (Selasa),” ujarnya.

Dari segi penyertaan, frima berkata, terdapat peningkatan dalam purata volum dagangan harian (ADTV) dalam kalangan pelabur asing sebanyak 4.5 peratus, manakala peruncit tempatan dan institusi tempatan menyaksikan penurunan masing-masing sebanyak 17.5 peratus dan 15.5 peratus. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×