Naoya Okada dilantik Pengarah Urusan AEON baharu

Naoya Okada dilantik Pengarah Urusan AEON baharu

NAOYA OKADA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: AEON Co. (M) Bhd. (AEON) mengumumkan pelantikan Naoya Okada sebagai Pengarah Urusannya, berkuat kuasa 1 Mac 2024.

Menurut kenyataannya, Lembaga Pengarah mengiktiraf dan mengalu-alukan Naoya kerana beliau telah memainkan peranan penting dalam pertumbuhan AEON sejak dilantik sebagai Timbalan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Operasi pada 2022.

Pengerusi AEON, Datuk Iskandar Sarudin berkata, Naoya memainkan peranan penting dalam perjalanan transformasi AEON.

“Pengetahuan pasarannya yang berwawasan dan strategik telah menjadikan AEON yang lebih berdaya tahan dan tangkas untuk menghadapi cabaran masa depan,” katanya.

Naoya akan menggantikan Keiji Ono, seorang eksekutif dengan 27 tahun pengalaman berkhidmat dalam pelbagai peranan dalam AEON Group secara global.

Ono telah berkhidmat sebagai Pengarah Urusan AEON Co. (M) sejak Jun 2022 dan sebelum itu beliau adalah Presiden dan Wakil Pengarah AEON Kemboja dan menyertai AEON Co. (M) daripada peranannya sebagai Presiden dan Wakil Pengarah AEON Ryukyu Co. Ltd di Jepun.

Di Malaysia, Ono telah menambah baik asas struktur pengurusan secara strategik.

“AEON akan terus memperbaharui pengurusan untuk meneruskan ke peringkat strategi pertumbuhan seterusnya. Beliau akan kembali ke AEON Jepun untuk mengambil tugasan baharu,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN