PETALING JAYA: Gentari Hydrogen Sdn. Bhd. menandatangani perjanjian induk (HOA) dengan SEDC Energy Sdn. Bhd. (SEDCE) untuk pembangunan bersama pusat pengeluaran hidrogen dikenali sebagai Sarawak H2 Hub dan berpangkalan di Bintulu, Sarawak. Ketua Pegawai Hidrogen, Gentari, Michèle Azalbert berkata, pusat pengeluaran hidrogen skala global yang dirancang itu bertujuan sebagai pembekal tunggal hidrogen hijau untuk kemudahan hulu di kawasan bahagian Bintulu. “Pusat itu akan diuruskan oleh syarikat usahasama yang akan dibentuk…










