PETALING JAYA: Mood Tahun Naga melonjakkan Bursa Malaysia ke paras tertinggi dalam tempoh hampir dua tahun apabila menokok 19.09 mata atau 1.29 peratus untuk ditutup pada 1,531.27 didorong belian berterusan oleh pelabur asing. Bursa Malaysia ditutup pada 1,512.28 Jumaat lalu dan ditutup pada Isnin sempena cuti sambutan Tahun Baharu Cina (CNY). Kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 643 kaunter berbanding 297, manakala 429 kaunter tidak berubah dan 927 lagi tidak diniagakan.…










