PETALING JAYA: Sempena meraikan pelancaran penerbangan pertama ke Almaty, Kazakhstan pada 14 Mac 2024 ini, AirAsia X (AAX) menawarkan tambang promosi serendah RM88 termasuk semua sehala. AAX dalam kenyataan memaklumkan, jualan terhad itu bermula hari ini dari pukul 10 pagi hingga 6 petang (waktu Malaysia) tertakluk untuk tempahan awal dan ketersediaan tempat duduk. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Benyamin Ismail, pihaknya berbesar hati menawarkan tambang menakjubkan itu ke Almaty…










