Agrobank lancar kempen Heng Loong Huat

Agrobank lancar kempen Heng Loong Huat sempena Tahun Baharu Cina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Agrobank me­lancarkan Kempen Heng Loong Huat – Menang Ang Pao RM888 bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina.

Kempen itu adalah selaras dengan tahun naga dalam kalendar Cina membawa maksud kemakmuran, kekayaan dan ‘tuah’ khusus untuk pelanggan sedia ada dan pelanggan baru.

Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, kempen Heng Loong Huat bertujuan menggalakkan pelanggan setia membuat pembayaran bebas tunai melalui penggunaan Agro Debit-i dan memupuk amalan menyimpan dan berhemah melalui AgroPrimaS.

Menurut beliau, sebanyak 50 orang pelanggan bertuah bakal membawa pulang Ang Pao dengan hanya transaksi minimum sebanyak RM10 atau simpanan minimum sebanyak RM500.

Jelas Tengku Ahmad, pe­langgan dengan kumpulan mata penyertaan tertinggi akan diketahui menerusi cabutan bertuah di akhir tempoh kempen itu nanti.

“Adalah menjadi fokus kami untuk memberi kesedaran akan kemakmuran dalam kewangan bagi menjamin masa depan yang lebih baik,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, pemenang bertuah kempen Heng Loong Huat- Menang Ang Pao RM888 juga turut berpeluang untuk memenangi cabutan bulanan bulan Februari.

“Hadiah tersebut berupa kereta BYD Dolphin, Proton X50 atau Perodua Myvi dan hadiah utama sebuah kereta mewah Tesla menerusi Kempen Mega Million yang telah dilancarkan pada suku akhir tahun lepas,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×