AFFIN Bank perkenalkan AFFIN Savings Vault/-i 

AFFIN Bank perkenalkan AFFIN Savings Vault/-i 

WAN RAZLY ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Affin Bank Berhad (AFFIN) memperkenalkan AFFIN Savings Vault/-i untuk  memberdayakan pelanggan dengan keselamatan yang ditingkatkan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Affin Bank Berhad, Datuk Wan Razly Abdullah berkata, ciri keselamatan itu menggunakan Akaun Simpanan sedia ada yang membolehkan pelanggan ‘mengunci’ dana untuk melindungi daripada penipuan.

“Di AFFIN, kami telah melaksanakan dengan proaktif satu set langkah-langkah anti-penipuan yang kukuh, dengan melakukan pelaburan besar-besaran dalam peningkatan teknologi,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, pengenalan AFFIN Savings Vault/-i merupakan komitmen Kumpulan dalam menyediakan pengalaman perbankan yang lebih selamat untuk pelanggannya.

Wan Razly berkata, ciri inovatif itu sejajar dengan etos utama mereka iaitu ‘Always About You’.

Sementara  itu, AFFIN tutut mengumumkan pemenang kempen ‘Year Of Winnings With Affin 2023’ dalam upacara penyampaian hadiah yang diadakan di Menara AFFIN @ TRX.

Tambah Wan Razly, kempen itu bermula pada 3 Januari 2023 dan berjalan sehingga 31 Disember 2023 melibatkan lebih  727,216 peserta pelanggan yang aktif.

Ujarnya, kempen itu telah memberi ganjaran kepada pemenang bertuah dengan lebih daripada RM1 juta nilai hadiah.

Kempen itu untuk meraikan pelanggan bertuah yang berpeluang memenangi hadiah utama berupa BMW i7 bernilai lebih RM700,000, termasuk Honda HR-V; Perodua Ativa; Perodua Bezza; Vespa Primavera 150; hadiah wang tunai; dan baucar hadiah AEON. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×