The Cube: Aspirasi dunia tanpa asap

The Cube: Aspirasi dunia tanpa asap

THE CUBE ialah pusat penyelidikan dan pembangunan milik Philip Morris International yang terletak di Neuchatel, Switzerland.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEUCHATEL, SWITZERLAND: Philip Morris International (PMI) meletakkan sasaran menjadikan sebahagian besar syarikat itu bebas asap rokok menjelang 2030.

Ke arah itu, PMI kini dalam proses mentransformasi identitinya kepada syarikat berkaitan gaya hidup, kesejahteraan pelanggan dan perkhidmatan kesihatan.

Walaupun ada pihak agak skeptikal dengan visi itu tetapi PMI yakin mereka mampu mencapainya dengan menyediakan alternatif kepada perokok.

YAKIN

“Apa pun orang kata, kami kini ke arah itu dan kami yakin itulah yang perlu dilakukan,’’ kata Pengarah Bersepadu Pengguna PMI, Bryson Thornton ketika ditemui baru-baru ini. 

Sejak 2008, PMI berusaha membangunkan alternatif kepada rokok itu menerusi penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan yakin sains serta teknologi mampu menjadikan dunia ini bebas daripada asap rokok.

PASUKAN penyelidik sedang melakukan kajian di The Cube.

Dari situ, terbinalah The Cube. Hab penyelidikan dan pembangunan sains termoden milik PMI yang terletak di bandar ini yang terletak 123 kilometer di timur laut Geneva. 

Bangunan yang terletak di pinggir Tasik Neuchatel itu menyajikan pemandangan yang indah dengan tasik yang terbentang luas.  Pada hari yang cerah, Banjaran Alps juga dapat dilihat.

IKON

The Cube adalah ikon bangunan moden yang dibina dengan pelaburan berbilion dolar menggabungkan tiga elemen utama iaitu tanah, angin dan air. Elemen api ditiadakan sebagai simbolik tiada lagi pembakaran diperlukan pada masa depan. 

Dibina pada 2009, bangunan yang berdindingkan kaca lutsinar itu seolah-olah menggambarkan ketelusan PMI dalam menjalankan penyelidikan berasaskan kajian saintifik dan ujian klinikal bagi membangunkan produk bebas asap.

Daripada 1,200 pekerja di The Cube, lebih 430 orang terdiri daripada saintis, penyelidik, dan juruteknik dalam 30 disiplin berbeza termasuk perubatan, kejuruteraan, kimia dan elektronik.

BAHAYA

Falsafah PMI ialah sesuatu aktiviti atau produk yang berbahaya tidak semestinya diharamkan tetapi boleh dikurangkan bahayanya.

Sebagai contoh, memandu laju adalah berbahaya tetapi risiko boleh dikurangkan dengan penggunaan tali pinggang keledar, beg udara dan brek cakera.

Fokus PMI ialah mengurangkan mudarat tembakau.

Fokus PMI ialah mengurangkan mudarat tembakau iaitu toksin, tar dan karsinogen yang dihasilkan rokok tetapi perokok masih boleh ‘menikmati’ nikotinnya. Nikotin walaupun menyebabkan ketagihan tetapi bukan punca utama kepada penyakit yang dikaitkan dengan rokok.

PMI komited menghasilkan alternatif dan membantu kira-kira satu bilion perokok dewasa di seluruh dunia yang memilih untuk terus merokok, mendapatkan maklumat tentang alternatif kepada rokok.

Penyelidikan yang dijalankan di The Cube merangkumi reka bentuk produk, ujian toksik dan ujian klinikal yang komprehensif, tahap penerimaan dalam kalangan pengguna serta penilaian jangka panjang. Semuanya bagi memastikan ia terbukti berkesan.

BEBAS

Selain itu, produk PMI juga diuji oleh lebih 50 badan dan makmal bebas dari serta dunia dan keputusannya adalah selari dengan hasil ujian di makmal PMI. 

Kerana itu, salah satu produk PMI iaitu IQOS kini mendapat kebenaran Pentadbiran Makanan dan Ubatan (FDA) Amerika Syarikat (AS) untuk dipasarkan di negara itu. 

Walaupun masih menggunakan tembakau tetapi IQOS menggunakan kaedah pemanasan tembakau yang mampu mengurangkan sehingga 95 peratus bahan kimia berbahaya yang terhasil. 

IQOS ILUMA adalah produk terkini dan termaju yang direka oleh pasukan di The Cube.

Namun, itu tidak bermakna risiko turut berkurangan 95 peratus. Perlu ditegaskan bahawa IQOS bukanlah peranti bebas risiko.

Sekalipun tidak bebas risiko tetapi ia adalah pilihan yang lebih baik untuk orang dewasa yang memilih untuk terus merokok.

AKSES

PMI percaya perokok dewasa yang memilih untuk tidak berhenti merokok, sepatutnya mempunyai akses dan maklumat kepada alternatif yang lebih baik yang telah dibuktikan secara saintifik dapat mengurangkan bahaya.

Pilihan terbaik tentulah berhenti sama sekali, namun, ramai yang gagal. Di sinilah penyelidikan PMI berperanan iaitu beralih kepada alternatif yang lebih baik.

“Perokok dewasa sepatutnya ada akses kepada maklumat berasas sains dan alternatif kepada rokok supaya mereka boleh membuat pilihan,’’ kata Carrie Wade, seorang pegawai saintifik PMI.

Selain IQOS, PMI turut menghasilkan produk terapi nikotin yang lain seperti Zyn dan Shiro dalam bentuk peket kecil dan juga vape.

PMI percaya perubahan tidak akan berlaku dalam masa yang singkat dan syarikat itu juga tidak mampu melakukannya sendirian tanpa sokongan pemimpin dunia, kerajaan, pihak pengawal selia dan badan bukan kerajaan untuk menilai sains di sebalik aspirasu bebas asap rokok.

IKTIRAF

Dan kini, semakin banyak negara mula mengiktiraf hasil kajian PMI dalam penghasilan alternatif kepada rokok tradisional termasuk AS, United Kingdom, Greece, New Zealand, Jepun dan beberapa negara lagi.

Ketika ini, dianggarkan ada 27.4 juta pengguna IQOS di seluruh dunia dan daripada jumlah itu, kira-kira 19.7 juta sudah meninggalkan rokok sepenuhnya.

PRODUK tanpa asap keluaran PMI yang dijual di seluruh dunia.

IQOS juga sudah beberapa kali melalui proses penambaikan dalam usaha memberikan pengalaman yang hampir sama dengan merokok.  Terbaharu, IQOS ILUMA menggunakan teknologi Smartcore Induction yang lebih bersih dan mudah digunakan, selain tampil dengan reka bentuk premium. 

Berdasarkan pengalaman penulis sendiri, peranti yang sudah berada di pasaran Malaysia itu hampir menyamai rasa rokok sebenar tetapi ada beberapa kekurangan yang mungkin boleh dipertingkatkan dalam versi akan datang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN