PMKS terus pamer daya tahan

PMKS terus pamer daya tahan

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tinjauan Sentimen PKS bagi separuh tahun kedua 2023 menunjukkan trajektori positif untuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dengan landskap perniagaan menunjukkan daya tahan dan keyakinan yang berterusan.

Tinjauan yang dibuat oleh SME Bank itu mempamerkan pandangan pen­­ting tentang sentimen dan jangkaan pemilik perniagaan merentas pelbagai sektor.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Dr. Aria Putera Ismail berkata, Indeks Sentimen PKS mendedahkan sedikit peningkatan daripada 52.9 pada separuh tahun pertama kepada 53.5 pada separuh tahun kedua.

Katanya, ini menandakan perusahaan kecil dan sederhana terus menunjukkan daya maju dan daya tahan yang positif.

“Adalah baik untuk melihat bahawa pemilik perniagaan mengekalkan pandangan yang positif, menunjukkan daya tahan dan kebolehsuaian ketika mereka mengharungi landskap ekonomi yang mencabar.

“Hasil tinjauan ini mengukuhkan lagi kepercayaan terhadap potensi dan daya tahan komuniti perniagaan kami. SME Bank kekal komited untuk menyokong dan memperkasakan PMKS dalam perjalanan mereka ke arah kemampanan pertumbuhan dan kejayaan,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Tambahnya, KDNK terkini PMKS Malaysia telah menunjukkan pertumbuhan teguh sebanyak 11.6 peratus, mengatasi pertumbuhan KDNK negara keseluruhan sebanyak 8.7 peratus pada 2022, menonjolkan sumbangan besar PMKS kepada pengembangan ekonomi.

Sementara itu, Ketua Pegawai Risiko Kumpulan, Mohammad Azam Ahmad berkata, memandangkan prestasi PMKS pada 2022 melebihi paras pra-pandemik pada 2019, pihaknya melihat peningkatan ketara sumbangan PMKS kepada KDNK.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN