PETALING JAYA: Harga seunit besi merekodkan peningkatan antara 0.2 peratus hingga 1.8 peratus bagi kebanyakan kawasan pada Disember 2023 berbanding bulan sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, peningkatan tertinggi harga seunit besi adalah di Perak (1.8 peratus), diikuti Johor (1.1 peratus) dan Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Melaka dan Negeri Sembilan (0.2 peratus). Katanya, perbandingan bulanan mengikut bahan binaan dan…










