PETALING JAYA: Generali Malaysia telah melancarkan Generali Malaysia Run 2024 untuk menggalakkan rakyat Malaysia menjalani gaya hidup yang sihat di samping berbakti kepada masyarakat.
Acara larian sulung akan bermula di Dataran Putrajaya pada 19 Mei 2024.
Dengan tema “Run with A Purpose”, Generali Malaysia akan bekerjasama dengan tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu Yayasan PINTAR, Persatuan Pencinta Alam Malaysia dan Persatuan Kanser Kebangsaan bagi menyokong tiga gerakan sosial yang penting dan sejajar dengan agenda kelestarian Syarikat.
Dalam majlis menandatangani perjanjian dengan rakan-rakan NGO itu, Ketua Pegawai Eksekutif Generali Malaysia Berhad dan Ketua Entiti Generali di Malaysia, Fabrice Benard berkata, Generali Malaysia Run 2024 selaras dengan janji jenama Syarikat untuk menjadi Rakan Sepanjang Hayat.
Kata beliau, acara itu menyokong peserta larian dalam usaha mereka untuk berlari demi kesihatan yang lebih baik dan pada masa yang sama memperjuangkan gerakan sosial yang dekat di hati mereka.
“Usaha berterusan rakan-rakan NGO kami dalam memperjuangkan gerakan amal mereka benar-benar memberikan inspirasi.
“Melalui Generali Malaysia Run 2024, kami berharap mewujudkan sebuah komuniti yang sentiasa bertindak serta menyertai rakan NGO kami dalam usaha mereka untuk membuat perubahan yang bermakna.
“Kami ingin semua peserta larian bersatu demi tujuan amal, dan memperkasakan mereka supaya berlari untuk tujuan yang mereka yakini,” katanya dalam kenyataan.
Menurut Generali Malaysia, bersama dengan semua peserta larian akan memberikan sumbangan kepada tiga rakan NGO tersebut.
Peserta bukan sahaja boleh memilih satu daripada 3 kemeja-T larian yang berbeza untuk menyokong NGO dan gerakan yang mereka sukai, bahkan dapat mengetahui lebih lanjut tentang gerakan sosial tersebut melalui aktiviti-aktiviti menarik yang diadakan semasa hari larian.
Pendaftaran untuk Generali Malaysia Run 2024 kini dibuka sehingga 17 Mei 2024, untuk 3 kategori larian secara fizikal dan maya.
1. Kategori Larian Fizikal di Dataran Putrajaya & Harga Paling Awal
21.1km Competitive Half Marathon (Lelaki & Wanita Terbuka; Lelaki & Wanita Veteran): RM55 bagi setiap peserta
2. 12km Competitive Run (Terbuka Lelaki & Wanita): RM45 bagi setiap peserta
6km Fun Run (3 – 70 tahun) RM35 bagi setiap peserta
3. Kategori Larian Maya & Harga Awal
– 21.1km Competitive Half Marathon (Lelaki & Wanita Terbuka; Lelaki & Wanita Veteran): RM65 bagi setiap peserta
– 12km Competitive Run (Terbuka Lelaki & Wanita): RM55 bagi setiap peserta
– 6km Fun Run (3 – 70 tahun) RM45 bagi setiap peserta. – UTUSAN










